Sunday, June 5, 2011

PEMBENIHAN ANAK IKAN KELISA


Di Malaysia, aktiviti penternakan ikan Arowana  dijalankan secara komersial untuk tujuan eksport ke pasaran antarabangsa dan antara agensi yang terbabit ialah Jabatan Perikanan. Secara semulajadi, ikan ini membiak sekali dalam setahun iaitu pada Jun hingga Ogos di habitat asalnya.
Arowana matang boleh membiak apabila mencapai umur empat setengah atau lima tahun dengan berat di antara satu hingga dua kilogram. Semasa proses mengawan, induk jantan dan betina akan berpasangan dan berenang beriringan selama beberapa minggu namun proses mengawan hanya akan berlaku apabila keadaan sesuai.
Induk jantan akan melengkungkan badannya dan menghimpit badan induk betina dan pada peringkat ini, telur dari induk betina akan keluar dan akan disenyawakan oleh induk jantan. Telur akan dieram oleh ikan jantan selama dua bulan sehingga anak yang dihasilkan boleh berenang bebas dan bersaiz kira-kira 6-7 sentimeter. Ikan Arowana boleh membiak didalam kurungan secara semula jadi tanpa memerlukan suntikan hormon aruhan pembiakan.
Musim pembiakan di dalam kurungan tidak begitu ketara kerana kurang dipengaruhi oleh persekitaran semula jadi. Namun, aspek pemakanan perlu diberikan perhatian sebaik saja anak ikan mulai berenang bersendirian walaupun masih terdapat sedikit yolk di bahagian bawah perutnya.
Kelewatan memberi makanan akan menyebabkan anak ikan mencederakan sesama sendiri. Asuhan anak ikan diperlukan selama dua hingga tiga bulan sehingga anak ikan mencapai saiz 15-20 sentimeter dan sesuai dipasarkan. Bagaimanapun, eraman telur oleh induk jantan secara kaedah pembiakan semula jadi di dalam kolam akan mengurangkan kadar hidup anak Arowana.
Justeru, kaedah terbaik bagi menjamin peratusan hidup anak ikan yang tinggi ialah menerusi kaedah in vitro. Pengeraman In-Vitro Menerusi kaedah ini, telur ikan yang sedang dieram oleh induk jantan dan masih mempunyai yolk sac dikeluarkan secara manual dan diasuh di dalam akuarium berukuran 90 x 45 x 45 sentimeter.
Pengudaraan diberikan secukupnya dengan suhu ditetapkan pada tahap di antara 27 hingga 28 darjah Celcius dengan memasang pemanas elektrik. Kedalaman air adalah kira-kira 20 sentimeter dan melalui kaedah ini kadar peratusan hidup anak ikan adalah tinggi berbanding kaedah eraman semula jadi. Arowana sesuai membiak dalam iklim khatulistiwa dengan suhu diantara 26 hingga 33 darjah Celsius.
Bagi pembiakan dalam kolam, jenis tanah liat berpasir dengan kandungan tanah liat 55 peratus hingga 60 peratus adalah amat sesuai. Bekalan air diperlukan sepanjang tahun dari sumber semula jadi sama ada air bukit, sungai, empangan dan tasik. Kualiti air yang diperlukan adalah seperti berikut: Suhu air: 29 hingga 31 darjah Celcius pH: 6.5-8.5 Oksigen terlarut: 5ppm Alkaliniti: 60-100 ppm CaCO3 Jumlah keliatan: 100ppm Bacaan piring Secchi: 30 sentimeter Ammonia: 1ppm Aspek lain yang turut diberi perhatian dalam aktiviti penternakan ialah pembinaan dan penyediaan kolam.
Antaranya: Pemilihan Tapak Tapak yang sesuai ialah kawasan yang tidak mengalami banjir, jauh dari kawasan industri dan punca pencemaran, tiada persaingan aktiviti pertanian dan perindustrian serta mempunyai prasarana yang lengkap.
Pembinaan kolam Bentuk kolam yang sesuai ialah segi empat dengan nisbah kecerunan ban 2:1. Bagi memudahkan pengurusan, keluasan kolam yang sesuai ialah di antara 0.2-0.4 hektar dengan kedalaman air 0.75-1.2 meter. Dasar kolam hendaklah rata dan cerun ke arah saluran air keluar.
Pembinaan kolam takungan di antara 20 hingga 30 peratus dari jumlah keseluruhan kolam adalah digalakkan bagi menjamin punca bekalan air yang mencukupi dan proses rawatan air dilakukan jika perlu. Pengapuran Kolam yang dibina hendaklah dipastikan menepati parameter kualiti tanah dan air serta sesuai bagi aktiviti ternakan.
Pengapuran diperlukan jika keadaan tanah berasid dan jenis-jenis kapur yang sesuai ialah kapur pertanian, kapur abu sejuk, kapur abu panas dan dolomite. Pembajaan Baja organan dan bukan organan sesuai digunakan dan kepekatan nitrogen dan fosforus yang sesuai ialah masing-masing 0.95ppm dan 0.15ppm. Terdapat beberapa kaedah ternakan ikan Arowana yang dicadangkan antaranya ialah ternakan kolam tanah.
Berikut adalah keperluan asas dalam melaksanakan sistem ternakan berkenaan. Ternakan Induk Untuk tujuan pembiakan, induk Arowana jantan dan betina diternak dalam kolam yang telah disediakan terlebih dahulu dengan aspek sumber air semula jadi di beri perhatian yang utama. Arowana jarang dijangkiti penyakit namun, pemerhatian perlu sentiasa dilakukan supaya induk Arowana sentiasa sihat.
Taburan Sebanyak 20 ekor induk berumur empat tahun dipelihara di dalam dua buah kolam ternakan tanah bersaiz 0.2 hektar dengan nisbah jantina 1:1. P
emakanan Bagi induk ikan, makanan perlu diberi dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang dengan jenis makanan rumusan terapung yang mengandungi protein sebanyak 35 peratus atau makanan jenis hidup seperti cengkerik, anak ikan dan udang gantung.
Anak ikan yang telah berenang bebas dalam akuarium pula perlu diberi makan anak-anak ikan jenis lain seperti Gambusia affinis yang bersaiz 1-2 cm. Pemerhatian berkala ke atas ikan Arowana dewasa atau induk hendaklah dilaksanakan dengan menumpukan kepada ciri-ciri proses Arowana mengawan dan dilakukan secara kaedah menangkap menggunakan pukat. Telur yang sedang dieram oleh Arowana jantan hendaklah dikeluarkan untuk eraman selanjutnya menggunakan kaedah in-vitro yang dijalankan dalam tangki akuarium.



IKAN KELISA

Ikan kelisa yang merupakan diantara ikan yang mempunyai harga yang sangat bernilai dan juga dikatakan boleh membawa tuah buat orang china yang meletakkannya di kedai-kedai ataupun di rumah sebagai medium terapi atau untuk sekadar hobi menjadikannya ia satu asset yang sangat bernilai untuk tatapan umum.
Ia bukan sahaja dari kulitnya yang cantik, tetapi mempunyai 101 ciri-ciri yang menarik.

Ia lebih dikenali sebagai Arowana Asia. Manakala di Republik Indonesia dikenali sebagai ikan peyang, tangkelesa, kelesa, siluk, kayangan serta beberapa nama lain lagi, adalah ikan hiasan eksotik klasik bermutu tinggi yang begitu istimewa di kalangan penggemarnya.
Di samping itu juga, ia sangat terkenal dengan nama jolokannya seperti Dragon Fish dan Dragon Bonytongues terutama sekali bagi para pengekspot dan pengimpot ikan yang sedang diancam kepupusan ini. Walau apapun jua nama yang diberikan kepadanya, Arowana tetap berenang megah sebagai raja ikan hiasan eksotik air tawar yang unik dan eksklusif.

Jenis-jenis ikan kelisa. 
  • Banjar Red Arowana
  • Green Arowana Malaysia
  • Golden Arowana
  • Platinum Arowana
  • Red Tail Golden Arowana
  • Super Red Arowana
  • Silver Arowana
 Kepercayaan orang china. 
Orang china percaya ikan perhiasan seperti Ikan ini, mempunyai feng shui yang sangat bagus untuk tuah dalam kejayaan dan juga untuk memastikan untung terus bertambah-tambah. Kita sedia maklum, majoriti mereka adalah golongan peniaga yang sentiasa memerlukan satu pendorong untuk terus maju kehadapan. Salah satu yang perlu kita contohi ialah mereka tidak berkira untuk mengeluarkan modal beribu-ribu ringgit demi survive perniagaannya akan datang.
Mereka percaya, lagi mahal ikan ini, lagi banyak tuahnya,terutamanya badan/warna ikan kelisa yang berwarna keemasan. Tuah ini bukan sahaja dalam bidang yang mereka meminati ,tetapi aspek lain juga contohonya dalam hubungan cinta, tuah dalam perjudian, tuah dalam kerjaya, tuah dalam sesuatu projek dan sebagainya.
Kalau nak beli, beli ketika masih kecil. Nanti dah besar boleh jual, dengan harga yang berlipat-lipat kali ganda.

                                                           Banjar Red Arowana
                                                                Golden Arowana
                                                               Super Red Arowana      
                                                                   Platinum Arowana
                                                                   Red Tail Golden Arowana
                                                            Green Arowana Malaysia
                                                                          Silver Arowana