Tuesday, May 31, 2011

IKAN LAGA KAMPUNG(SEPILAI)

Semasa kanak kanak dulu penulis suka tangkap Ikan laga di kawasan paya di tepi sungai. Di kampung penulis ikan laga lebih popular di sebut sepilai. Warnanya kebiru biruan dengan mata yang juga berwarna biru. Ada satu tanda (dot) hitam dekat badan dia. Saiznya yang kecil dan warna yang sedemikian agak menarik untuk dijadikan ikan peliharaan.

 Pada masa ini sempilai boleh didapati dengan banyak kat sawah atau alur alur sungai. Banyak cara untuk tangkap ikan ni. Cara yang biasa penulis buat ialah dengan menahan perangkap dimana satu tempurung kelapa atau tin susu diletakkan di kawasan yang selalu dia bermain. Kalau time bertelur, ikan sepilai ni akan membuat buih (yang terdapat telur dia tu). Dekat buih ni ada sempilai jantan (sempilai jantan lebih cantik dari sempilai betina) yang jaga buih sempilai betina. 
Bila kita letakkan tempurung, sempilai tersebut akan tinggal dalam tempurung ini sebagai tempat tinggal mereka , jadi dia akan masuk ke dalam tempurung tersebut.
Biasanya penulis letakkan tempurung ini sebelum pergi ke sekolah. penulis akan ambil selepas balik dari sekolah nanti.Ikan yang masuk perangkap tadi akan dibawa pulang dan dimasukkan kedalam botol yang dibawa.  Makanan utama ikan peliharaan ini ialah nyamok atau jentik jentik. Jadi bila bela sempilai , bolehla juga mengurangkan jumlah nyamuk he,he,he,he....


Bila terdapat ramai kawan kawan yang mempunyai ikan laga, timbul satu rasa untuk membandingkan sempilai antara kami. Salah satu acara ialah beradu kekuatan sempilai. Sesuai dengan namanya ikan laga, kami memang gunakannya untuk berlaga. Ikan yang hendak digunakan untuk berlaga perlu lah mempunyai ciri ciri tertentu yang menunjukkan keberaniannya. Selain dari mendapatkan ikan laga yang bersaiz lebih besar dari average, warna ikan yang kehitam hitaman juga dikatakan mempunyai sifat keberanian yang tinggi. 
Terdapat juga antara kawan kawan penulis yang lebih kreatif menanam botol ikan laga tu tadi kat dalam tanah sampai dua tiga hari sebelum masuk bertanding supaya ikan menjadi lebih berani. Pada pandangan mereka, ikan yang diletakkan ditempat yang gelap dan tak jumpai sesiapa, bila keluar saja dari tempat gelap tu tadi, ikan tu akan jadi garang. 
Untuk melakukan acara berlaga, dua ekor ikan laga yang nak bertanding akan dimasukkan kedalam botol atau bekas yang lebih besar bagi memberi ruang pada mereka. Ikan akan berlaga bila bertemu antara satu sama lain. Cara dia menyerang adalah dengan menggunakan mulut. Dia akan mematuk dan menggigit pihak lawan sehinggalah salah satu akan mengalah.Jika ikan tersebut  melarikan diri ia dikira kalah. 
Sekali seekor ikan tersebut kalah, dia tidak akan berlawan dengan mana mana ikan lagi seumur hidupnya. Hukuman untuknya adalah dibuang balik dekat sawah. Saat yang menyeronokkan bila berlaga ikan ialah bila kedua-duanya mempunyai kekuatan yang sama, terdapat adegan bila kedua-duanya menggigit mulut masing masing seolah-olah  bercium, dan ada yang tercabut bibir. Ikan laga akan mengeluarkan satu bunyi “krrr..” bila berlawan yang menambahkan lagi keseronokan kami.
Begitulah serba-sedikit pengalaman penulis mengenai ikan laga,serta pengalaman penulis semasa zaman kanak-kanak dahulu.Sekian....

2 comments:

  1. kat mana kampung tu ada lagi ke sekarang ni...
    saya pun dulu macam tu... lani susah nak cari tempat
    yang ada ikan ni...

    ReplyDelete